THE ORIGINALS

Dapatkan maklumat penuh di www.http://originalsguide.blogspot.com/

HOMESTAY

Ia akan menambah sumber pendapatan, lagi banyak lagi bagus!!! Dapatkan REZEKI EDISI 10 untuk lebih inspirasi menarik

LANGGAN SEKARANG

Jangan Lepaskan Peluang Ini

AMANZ.MY

Tiga penggerak utama web tekno terkenal Melayu amanz.my ditemu ramah Rezeki mengenai blog, media baru dan cabaran memperluaskan skop keusahawanan amanz.ny. Gambar difotokan di Swithblade KL, Publika.

Sabtu, 30 Mac 2013

Sokong TEMPATAN FEST 1.0


The Festival of Malaysian Independent Clothing

All local independent brands are pushing hard to acquire quality. They want more exposure and trust from new customers and the masses. This festival is a showcase of the best of independent labels in our country... come join us and support TEMPATAN.




Isnin, 4 Mac 2013

Pusat Seni Kreatif 'Brandesign Bazaar' Beroperasi Bulan Ini #Event



KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Sebuah pusat seni kreatif menjual barangan pereka tempatan, 'Brandesign Bazaar' (BDB), hasil kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) dan jenama Achtung! KL, akan beroperasi bulan ini di Jalan Kia Peng, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif DDEC Datuk Abd Rahim Hassan dalam kenyataannya Jumaat berkata penubuhan DDEC, iaitu anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), bertepatan dengan sasaran untuk mempromosi produk tempatan.

"DDEC bekerjasama dengan pereka tempatan bagi meningkatkan nilai komersil produk mereka. Ini seterusnya menjadikan DDEC sebagai hab utama reka bentuk di Malaysia," katanya.





Lebih 10 jenama seperti The Supersunday, Rare Clothing, Junkcult, Double Eight, Kayu Clothing dan Achtung! KL dengan barangan seperti topi, kemeja-T seluar, poster dan cenderamata akan dijual di BDB.

Pengarah Achtung! KL Mohd Nasir Abdul Rashid berkata BDB mampu menjadi platform pereka tempatan meluaskan pasaran sedia ada, di samping membangunkan strategi peruncitan mereka selain menggunakan  internet.

-- BERNAMA

Tauke benih cendawan...tidak menyesal memilih kerjaya ‘luar bidang’

PEMEGANG Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) ini tidak menyesal memilih kerjaya ‘luar bidang’ apabila menceburi sektor pertanian.


Tekadnya menceburi bidang pertanian dengan bermodalkan wang simpanan berjumlah RM20,000 itu membuahkan hasil lumayan apabila kini bergelar usahawan benih cendawan. 
Biarpun pernah memegang jawatan besar selain bergelar guru, minatnya dalam bidang pertanian membulatkan impiannya untuk bergelar siswazah tani. 

Memegang prinsip tidak mahu selamanya makan gaji, pilihan itu lebih menjanjikan kepuasan dan keseronokan mengutip hasil daripada keringat titik peluh sendiri.

Berstatus pembekal barangan cendawan sekitar 2007, Mohammad Rasul Alpi kemudian menceburi perniagaan penghasilan benih cendawan yang ketika itu dimonopoli usahawan bukan Melayu.

Pengurus Mentah Resources itu berkata, pembabitannya dalam perniagaan benih cendawan bermula daripada ajakan rakannya, Kapten Zainal, seorang juruterbang. 

“Tanpa sebarang pengalaman, saya mempelajari selok-belok penghasilan benih cendawan menerusi buku dan Internet. 

“Saya banyak membaca dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang itu. 

“Hasilnya, saya kini bergelar tauke benih cendawan,” katanya. 

Menurutnya, jatuh bangun dalam perniagaan menjadi asam garam kepada sesiapa yang ingin bergelar usahawan. 

“Ilmu melalui buku dan Internet belum memadai, jalan terbaik ialah berguru dengan mereka yang arif dalam bidang itu,” katanya. 

Mohammad Rasul mendapatkan bantuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkaitan penghasilan benih cendawan. 

“Sebelum mendapatkan khidmat MARDI, projek benih cendawan sudah berjalan, namun saya menghadapi beberapa masalah termasuk benih cendawan dihasilkan rosak. 

“Dengan bantuan MARDI, mereka menyusun atur semua perkara berkaitan makmal penghasilan benih cendawan,” katanya. 

Keprihatinan pegawai MARDI turun padang dan memantau pengurusan makmal, menampakkan kesan positif. 

“Saya amat mengambil berat perkara itu kerana gagal atau berjaya pengusaha cendawan tiram kelabu bergantung kepada kualiti benih dihasilkan,” katanya. 

Dia kini mampu membekalkan kira-kira 3,000 beg benih cendawan tiram kelabu ke seluruh negara. 

Pemegang Ijazah Sarjana Undang-undang Harta Intelek Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi itu turut berkongsi pengalaman penghasilan benih cendawan di makmalnya di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan. 

“Saya menggunakan biji gandum yang direndam dalam tempoh sehari. Ia dikeringkan sebelum ditimbang dalam sukatan 300 gram sebelum dibungkus bersama penutup dan beg plastik. 

“Beg benih cendawan akan dimasukkan ke bilik suntikan bagi tujuan penyediaan tisu cendawan,” katanya. 

Menurutnya persekitaran yang bersih diperlukan dalam makmal termasuk proses menyahkuman peralatan menggunakan api alat penunu bunsen dan semburan pembasmi kuman. 

Layari laman web, www.kedaipertanian.my atau mentahresources@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Oleh Mohd Sabran Md Sani  MyMetro

Isnin, 18 Februari 2013

REZEKI 11...dari meja Ketua Pengarang


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahun baru kunjung tiba; maka tamatlah satu lagi episod dalam kehidupan kita. Semoga pengalaman dari episod yang telah lalu boleh diambil sebagai iktibar, untuk kita mulakan langkah baru dengan harapan dan doa agar diberkati Allah s.w.t, In Shaa Allah...

Langkah baru kali ini bermula dengan penghayatan alam sekitar dan amalan gaya hidup natural yang mementingkan konsep hijau, mesra alam, kemampanan, organik, semula jadi, permakultur, dan penjagaan kesihatan. Dalam waktu pengumpulan data dan maklumat untuk edisi ini, banyak perkara berkaitan yang kami temui dan banyak juga yang dapat kami pelajari (dan sedang cuba amalkan). Kami memberikan beberapa idea dan tips menarik untuk mereka yang ingin mulakan 2013 secara hijau dan sihat contohnya resipi jus atau smoothie sayur, cara menanam sayur dalam pasu dan kebaikan makan kecambah seperti taugeh (m.s. 6-8).

Menjaga kelestarian alam sekitar sebenarnya bermula dari rumah. Jika ada ruang atau laman kosong di tempat tinggal anda, jadikan ia taman atau kebun yang boleh dimakan. Ketahui prinsip permakultur (m.s. 28), pengusahaan ladang organik (m.s. 40), dan cara ternak ayam organik (m.s. 44) yang mampu memberi pendapatan yang lumayan, halal dan toyib.

Penjagaan kesihatan diri dan keluarga penting dan toyib. Timbalah ilmu tentang perniagaan produk/perkhidmatan berasaskan unsur semula jadi seperti spa (m.s.15), produk penjagaan peribadi (m.s. 24), dan makanan tambahan kesihatan dan MLM (m.s. 32). Cikgu Fitness pula (baru menyambut kelahiran puterinya pada awal bulan Januari baru-baru ini – tahniah Kevin!) berkongsi kisah dan pengalamannya sebagai usahawan cergas yang berjaya (m.s. 20). Edisi ini turut memaparkan bagaimana keinginan menjaga kesihatan diri boleh menjadi idea destinasi percutian atau inspirasi perusahaan pelancongan eko (m.s. 36).
Semoga edisi kali ini dapat mencetus idea-idea perniagaan dan amalan harian yang mampan selain memberikan kesedaran tentang trend ini di kalangan masyarakat tempatan, serta memberi pengetahuan berguna yang sesuai dengan naluri semula jadi kalian dalam kehidupan dan usaha mencari rezeki.

Selamat membaca! ~ Ketua Pengarang REZEKI




Khamis, 14 Februari 2013

Malaysia terajui pameran Halal


Oleh AZMAN IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Feb. ­ Per­badanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyifatkan
Malaysia sebagai negara yang mampu terus bertahan dan beijaya menge­kalkan penganjuran pameran halal di
peringkat dunia, berbanding nega­ra-­negara lain.

Malah, Malaysia telah menjadi pe­neraju dalam penganjuran pameran halal dunia yang telah memasuki ta­
hun ke­10 pada waktu ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Da­tuk Dr. Wong Lai Sum berkata, ne­gara­negara lain termasuk negara maju telah menganjurkan pameran halal, namun tidak bertahan lama.

Katanya, banyak pameran halal pe­ringkat dunia anjuran negara­negara lain terpaksa menghentikan pameran masing­-masing kerana tidak menda­pat sambutan daripada syarikat­ sya­rikat asing. "Setakat ini, Malaysia merupakan negara yang unggul dan masih me­nganjurkan pameran halal di pering­kat dunia dengan penyertaan banyak syarikat asing dari ratusan buah ne­gara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sidang akhbar mengenai pelancaran Minggu
Halal Sedunia 2013 di sini hari ini. Yang turut hadir pada sidang akh­bar itu adalah Pengarah Kanan Ba­hagian Pembangunan Keusahawanan Matrade, Datuk Abdul Ghafar Musa, Pengarah Pengasas Forum Halal Se­dunia, Jumaatun Azmi dan Naib Pre­siden Halal Industri Development Co­rporation (HDC), Norhariti Abd. Jalil.

Pameran itu dijangka berlangsung selama empat hari bermula 3 April depan di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC) di sini. Sebanyak tiga acara akan dijalan­ kan di bawah Minggu Halal Sedunia
2013 iaitu Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS), Sidang Kemun­cak Penyelidikan Halal Dunia (WHRS)dan Forum Halal Sedunia (WHF).

Tambah Lai Sum, pihaknya telah menyaksikan skop halal berjaya di­perluas dalam pameran­pameran ha­lal di peringkat antarabangsa di sini: Katanya, skop halal yang bermuladengan makanan dan minuman, kini
telah tersebar luas kepada produkperkhidmatan dan penjagaan kesiha­tan.

"Tahap kesedaran penggunaan ba­rangan atau produk halal telah meningkat di seluruh dunia dan ia me­rupakan petanda yang positif. "Bukan Islam juga didapati men­can produk­produk halal pada waktu
ini sekali gus meningkatkan permintaan di peringkat dunia," jelasnya.

Lai Sum menambah, pihaknya tu­rut menyasarkan nilai jualan sempena Minggu Halal Sedunia 2013 dapat dicapai seperti mana yang pemah di­capai pada tahun lalu iaitu kira­-kiraRM500 juta.

Beliau memberitahu, trend pemia­gaan pada tahun ini juga didapati sama seperti tahun lalu."Kami menjangkakan lebih 100,000 pengunjung dapat menyertai Minggu Halal Sedunia 2013 di sini
nanti," ujarnya.

Selasa, 22 Januari 2013

Lot.my sasar 1,000 usahawan


Mohamed Firdous menunjukkan aplikasi kedai online di facebook yang dibangunkan Lot.my.Mohamed Firdous menunjukkan aplikasi kedai online di facebook yang dibangunkan Lot.my.
Aplikasi ShopLot bantu peniaga miliki kedai dalam talian

LOT.MY Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan kedai dalam talian, menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 1,000 usahawan memiliki kedai dalam talian dalam tempoh setahun menerusi aplikasi ShopLot di laman sembang sosial facebook. 

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Firdous Kamarul Jaman, berkata aplikasi ShopLot yang dibangunkan syarikat itu memberi peluang kepada pengguna facebook untuk menjana pendapatan melalui laman media sosial berkenaan. 
Katanya, Lot.my adalah syarikat pertama di negara ini yang memperkenalkan aplikasi terbaru itu dan tumpuan pasaran pula tidak hanya di Malaysia, tetapi turut diperluaskan ke seluruh dunia. 


Beliau berkata, antara faktor mendorong syarikat itu membangunkan aplikasi kedai dalam talian di facebook ialah kerana laman sembang sosial itu boleh diakses oleh lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia termasuk 13.15 juta di Malaysia. 

“Kami komited untuk memperkembangkan perkhidmatan ini hingga ke peringkat global dan pada pertengahan 2013 ini kami menyasar untuk memasuki pasaran Singapura, Indonesia dan Brunei bagi mempromosikan aplikasi terbaru ini," katanya. 

Aplikasi ShopLot mudah untuk digunakan yang mana pengguna boleh terus membeli barangan melalui laman facebook. Ia juga membolehkan usahawan membuka kedai online lengkap, mudah dan berkesan. 

Mohamed Firdous berkata, Lot.my dibangunkan supaya mudah digunakan walaupun oleh pengguna yang tiada kemahiran teknologi maklumat (IT) yang tinggi. 
Katanya, usahawan yang menyertai aplikasi ShopLot yang dibangunkan syarikat itu juga akan diberikan kit memulakan perniagaan dalam talian dan perundingan mengenai pemborongan. 

Beliau berkata, Lot.my turut memberikan latihan selama dua hari kepada mereka yang ingin membuka kedai dalam talian serta pemantauan sepanjang tahun. 
“Untuk memulakan kedai dalam talian usahawan hanya perlu daftar, pilih reka bentuk kedai dan iklankan produk. 

“Melalui pakej ShopLot, kami mendedahkan orang ramai kepada kaedah pemasaran melalui laman sosial berkenaan dan sebarang pertanyaan boleh menghantar emel kepada tanya@lot.my,” katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN

Hidup Sihat: Kurangkan Gula Dlm Minuman

ANTARABANGSA

Loading...

newsletter

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More